Hari ini seperti biasa kami ke kelas. Walaupun hari ini cuti umum, kami berkeinginan belajar yang begitu tinggi untk mempelajari ICT yang diajar oleh Tuan Pensyarah kami iaitu En.Abu Bakar.Setelah sampai di hadapan blok C kami terserempak dengan kawan- kawan kami . Mereka sedang berbincang. Kami pun segera menuju mereka untuk ingin tahu apa yang sedang berlaku. Rupa-rupanya mereka bersama dengan Tuan Pensyarah kami.
Kami tidak dapat masuk ke kelas kunci ada pada KO kami.Sementara tunggu KO kami ,Tuan Pensyarah menyuruh kami berkumpul di tapak parking. KO pun sampai...... tapi ada lagi kawan kami yang masih belum sampai. Tuan Pensyarah telah meminta kami duduk di atas tangga hadapan Blok C. Kami mula- mula berasa gementar sedikit kerana Tuan Pensyarah telah mula menanya soalan yang berkaitan dengan apa yang kami telah pelajari sepanjang cuti ini.
Mula- mula beliau menyuruh kami mengimbas kembali apa yang telah kami pelajari sepanjang minggu ini. tetapi kami gagal memberikan jawapan yang tepat. beliau begitu kecewa lalu duduk di atas jalan raya . Kami berasa begitu sedih kerana tidak dapat mengaplikasikan apa yang diajar oleh Tuan Pensyarah kami.Tetapi setelah beliau memberi beberapa clue salah seoarang rakan kami telah memberi jawapan yang tepat. ok.... sekarang Tuan Pensyarah kami telah senyum . Beliau sambung lagi dengan soalanya. Beliau bertanyakan tentang tiga objektif dalam penyediaan Blog dan ciri -ciri membina Blog . Kami dapat memberikan jawapan dengan bagus sekali.
Tiba -tiba Tuan Pensyarah kami bangun dengan tergesa-gesa kerana semut telah gigitnya.kesian Tuan Pensyarah kami..... Selepas semua rakan kami sampai beliau memberikan tugasan untuk hari ini. Beliau menyuruh kami menulis satu Refleksi tetang pertemuan kami pada pagi ini.Sebelum beliau membenarkan kami masuk ke kelas sumber, beliau menayakan siapakah yang belum makan sarapan? Kami seramai 20 orang semua telah angkat tangan .faham - faham sajalah Tuan Pensyarah kami......... Beliau menyuruh kami pergi sarapan dan masuk ke kelas pada pukul 8.30 pagi.
Saya bersama dengan kawan - kawan yang lain telah pergi bersarapan..........
